Monday, June 1

What the hell just happened to my life

Aku dah cukup gembira dan excited memikirkan kemungkinan jee. Kemungkinan yang aku mungkin berjaya. lama jugak aku termenung taktahu jauh mana boleh pergi sambil makan nasi briyani mak aku masak, tak kisah laa orang nak kata apa janji level of confidence tu kena tinggi tiberr.



beberapa bulan lalu, aku selalu layan orang stream game je setiap malam, boleh katakan hobi baru aku layan streamer2 ni laa. kebanyakannya streamer kecil yang view 30 orang camtu, best berborak dengan diorang berbanding streamer besar macam soloz kekadang aku tinggalkan komen pun aku sendiri tak sempat baca dah hilangg komen aku tu, sebab laju dia uinaajoo. ( donate star pun jangan cakap la, sepanjang dia stream tak putus2 star jatuh, maharaja joo.) so soloz aku biasa layan ulangan jela stream dia kat youtube. hee

dua minggu lepas aku dah cuba slow2 belajar sikit2 pasal streaming ni dari youtube monalisa,racun tech,kampung nerd (sebab nak stream game2 dari PS ). kebanyakan video diorang ada yang dah setahun lebih tapi aku baru tengok dua minggu lepas sebab sebelum ni tak pernah terfikir pun nak kejar angan-angan sendiri kan, aku selalu fikir masa depan biar aku yang masa depan je fikir. maybe dah tiba masa untuk aku bantu sikit demi sikit apa yang aku nak untuk masa depan.



tapi buat apa nak cakap banyak, yang paling penting sekarang ni orang nak tengok hasil..
cabaran aku sekarang ni :

>sebabkan pkp, gaji aku kena potong separuh setiap bulan sampai bulan september.
>harga ps4 kat kedai sekarang naik jadi RM2100 sebabkan pkp, permintaan tinggi barang sikit harga jadi tinggi. ( kalau belajar ekonomi benda ni chapter pertama easy jee tiberr.. ) so aku plan tunggu harga jadi stabil dalam RM1400 camtu baru sapu rata.
>tengah menyimpan untuk beli monitor sebiji sebab takkan nak main ps guna screen telefon.
>hasil tak nampak tapi usaha tu masih ada.

sekian dari aku,
Bendi bukan nama sebenar.