Wednesday, August 5

After my crush views my story, I don’t care who else watches my shit or not.

Listen up.

girls, korang kena tahu bezakan " lelaki yang sukakan kau" dengan "lelaki yang singgah sebab nak have fun je dengan kau". Korang tak boleh cakap "lelaki sampah" atau "lelaki semua sama" sebab kalau korang nak salahkan lelaki atas semua benda. percaya atau tak, ayat yang korang cakap kat lelaki tu akan kena balik kat korang. Sebagai contoh, kalau ayat korang cakap tu betul kat lelaki sahaja maknanya kat dunia ni yang selalu kecewa perempuan jela. Kalau betul cuma perempuan je yang kecewa. bagitahu aku kenapa ada jugak lelaki yang kecewa? Termasuk aku.



Jadi, dalam dunia ni takde siapa pun yang sempurna dan memasing tak boleh lari dari buat kesilapan. Biasa dengar ayat belajar dari kesilapan kan, kalau tak buat silap macam mana nak belajar? so apa yang aku nak cakap kat sini, baik lelaki perempuan semua sama, please laa stop yang perempuan nak salahkan lelaki dan lelaki pulak nak salahkan perempuan.

Sebab tu kalau boleh tepuk dada jangan tanya selera, ikut selera nak makan jee. cuba tepuk dada tanya akal. kalau korang tanya akal mesti boleh fikir sikit. kemon matangkan diri korang jangan kebudak-budakan lagi tahu nak seronok je sampai bila? korang bukan budak-budak. aku percaya semua yang baca ni dah matang dan dah boleh fikir pun mana baik mana buruk.



Korang tak boleh nak samakan orang yang baru dengan yang lama. Jangan. tak boleh ! semua orang tak sama. Lain orang lain cara. "mak aku selalu cakap kat aku lain disuruh lain yang dibuatnya ! eh tiberr?!". kadang-kadang kalau pernah kecewa sebelum ni maybe sebab Allah nak ajar korang supaya lebih berhati-hati untuk kenal orang lepas ni. Kalau pernah broken sebelum ni anggap la itu Qada dan Qadar dan jangan anggap itu macam "karma". Bukan ! Tolong belajar dan percaya kekecewaan yang korang hadapi sebelum ni akan memberikan kebaikan pada masa akan datang. Belajar dari kesilapan kan. tapi papepun, Allah lebih mengetahui.

Jangan la pulak korang berdendam dengan ex dan layan orang lain seperti mana korang pernah broken dulu. Itu tak bagus, biarkan dia ! sebab kalau korang berdendam dengan ex, korang takkan boleh move on ke fasa hidup yang baru. aku 100 peratus percaya, kalau korang ada mindset nak balas dendam atas pembuatan ex korang dulu, korang akan selalu kecewa bila korang bercinta lagi nanti.

so tolong ubah mindset korang, kalau korang suka/cinta kat sesorang tu, cintakan dia dengan sepenuh hati. Tak salah kalau korang nak bercinta lagi. yang salah kalau korang gunakan cinta tu untuk mempermainkan perasaan dan hati dia pulak ehhh melampau. so clearkan kat situ?

Perkara yang paling penting sekali korang kena sentiasa berfikiran positif .Aku tahu susah tapi korang kena cuba jugak. Walau apa pun yang berlaku bersangka baik jangan pernah berfikiran buruk . Tak kira korang in relay atau pun tengah chasing someone.

Bagi yang in relay, bersabar dengan karenah pasangan korang, kalau gaduh selesaikan dengan cara baik, jika putus selesaikan dengan cara baik, ada salah faham selesaikan dengan cara baik. gunakan akal fikiran dan jangan ikutkan perasaan. jika pasangan tu api korang siramlah dengan air, jika takde air pergilah ambik dekat petronas ke surau ke apa. zaman sekarang penapis air pun banyakkk.

Bagi yang tengah chasing someone especially crush korang. Jangan pernah berputus asa dan tunjukkan effort. sentiasa berdoa laa, itu penting kot. Ingat niat untuk crush tu bukan suka-suka tapi pasang niat korang untuk menghalalkan dia satu hari nanti. Mungkin macam terlalu awal tapi tak salah kan? Kita hanya merancang tapi Allah yang tentukan. Biar orang nak gelak ke apa pedulikan sebab apa yang kita mahukan tu satu kebaikan bukan keburukan. Tidak kira berapa lama korang ambik masa untuk mendapatkan hatinya.

harap korang bersabar dan terus sabar sebabnya korang punya perancangan ni bukan esok lusa nak terus kahwin. nak chasing someone ni long term punya cerita bukan short term. dan benda korang akan hadapi banyak gila cabaran. Aku percaya bila korang sentiasa ada sifat sabar dalam diri, korang akan dapat jugak apa yang korang hajatkan kerana itulah hadiah atas hasil kesabaran korang selama ni. aku cakap sabar sebab aku pun tengah bersabar untuk dapatkan sesuatu. tunggu masa je nak tidur ni.

Pandang sudut keburukan pulak, Bila korang dah usaha dan berdoa tetapi masih jugak tak dapat hati crush yang korang impikan . Janganlah sedih, anggap je itu bukan jodoh korang dan jangan pulak terlalu fikir sampai serabut kepala otak . chill laa, orang kata kalau cinta manusia korang tak dapat, korang masih ada cinta Allah. Cinta Allah dulu baru cinta manusia gituu.



Aku cakap macam ni takdelah nak cakap kita bagus ke acah acah ke no tidak . Ini benda yang aku nak luah dan bagitahu kepada korang semua . Ini semua berdasarkan pengalaman . Tak salah pun kalau nak berkongsi sesuatu niat untuk kebaikan.


Akhir kata, biasanya hitam dengan putih tak boleh bercampur, itu hukum alam. Tapi lain pulak cerita cinta ni dia punya jahat, jadi huru-hara hidup korang haha itu yang geng-geng gaming selalu cakap "cinta is real". mohon maaf kalau ada yang terguris hati, tersalah taip atau sebaliknya. aku nak sambung makan rambutan.