Thursday, June 25

even if you hear a bad story about me, understand that there was a time I was good to those people too, but they won’t tell you that.

Teringat masa zaman aku budak-budak solat maghrib mesti berjemaah dengan ayah pastu mengaji muqadam pastu dah lama sikit setiap malam jumaat baca yassin, masa tu baru tingkatan 1 kot. lemahkan aku tingkatan 1 baca muqadam lagi. tapi entry kalini bukan pasal aku.


Masa tu jugak aku ada terbaca satu buku pasal kisah nabi kita Rasulullah SAW tak ingat buku tajuk apa tapi yang aku tahu buku tu warna hijau pastu lawa gila buat aku tertarik nak baca. rasanya buku tu abang aku punya ke siapa punya ntah bilangan muka surat pun dalam 200-300 je. tapi isi dia padat laa.

ada banyak kisah dan nama dalam buku tu tapi aku nak tulis pasal Uwais Al Qarni yang berasal dari yaman, dia ni kira tabiin yang hidup pada zaman Rasulullah tapi tak pernah jumpa Rasulullah. Dalam buku tu menceritakan yang mak Uwais ni teringin nak pergi mekah tapi mak dia dah tua, aku lupa mak dia nak pergi haji ke umrah ntah. Jadi dia fikir macam mana dia nak bawa mak dia ke mekah sebab dia tak larat nak dukung mak dia, 

korang tahu apa dia buat? Dia training bawa kambing sekor atas dia kehulu kehilir, sampai la masa dia rasa dah tak larat dan boleh dukung mak dia macam dalam cerita korea tu laa kot. pastu dia pun bawa mak dia pergi mekah, dari yaman sampai mekah lepas tu balik ke yaman pulak, Power kan dia punya jasa kat mak dia? Power en.

Then ada satu masa tu dia cakap kat mak dia nak pergi jumpa Rasulullah sebab teringin nak jumpa, ofcuz laa nak jumpa kan, gila hidup satu zaman dengan Rasulullah tak ambil peluang jumpa, rugi la camtu, so mak dia pun izinkan dia pergi, tapi mak dia pesan lepas jumpa balik terus sebab mak dia dah tua, takde siapa dah nak jaga. lepas dapat restu mak dia terus dia pergi Madinah rumah Rasulullah, bagi salam tapi masa tu Aisyah Isteri Nabi yang keluar, Aisyah bagitau Nabi takde, Nabi pergi perang, so Uwais ni cakap la ke Aisyah suruh kirim salam ke Rasulullah lepas tu dia balik Yaman balik, Rasulullah balik perang Aisyah pun bagitau la, orang sekian sekian ada datang melawat, Nabi pun tanya Aisyah ada tanda tak kat tangan dia, Aisyah bagitau dia perasan ada tanda, Nabi terus cakap itulah Uwais Al Qarni, pemuda yg tak terkenal di bumi, tapi terkenal di langit, Rasulullah yg tak pernah jumpa dia pun kenal dia weh.


Maa mann. tiberr. begitulah kisahnya, aku pun tulis apa yang aku ingat guna ayat aku je, buku tu memang ada cuma lupa tajuk dia, nak menarik korang cari la buku dia mungkin lagi menarik baca dari situ. kalau ada salah sikit sebanyak tu mintak maaf la sebab aku pun ingat-ingat lupa jee ni.


next aku ada satu cerita hantu, tapi aku takut nak cerita.. hahahaha

Kucing ni tenung tenung aku, jangan sampai aku kenyit mata ke dia.

kenapa tak pilih kau je, ada depan mata.




Thursday, June 11

Is my personality really shit or do I not vibes with you?

4 Personaliti manusia yang korang perlu tahu :
  1. Sanquine (jenis banyak cakap,kalau boleh taknak berhenti cakap! takleh duduk diam dan kaki sosial)
  2. Melancholy (tersusun,sensitif dan pendiam orangnya)
  3. Choleric (seorang leader yang bagus, jenis deep thinking punya orang..)
  4. Phlematic (seorang yang tenang, zaman sekarang dipanggil seorang yang cool rilek je macam uchiha itachi gitu..)
sumber:wikipedia punya cerita 

ni result aku lepas buat test ni tak sampai 1minit. (pendek je soalan dia pastu abc je elehhh..)

personality test.




Aku rasa aku lebih kepada sanguine sebab orang sanquine ni dia jenis yang happy go lucky dan paling penting dia suka berborak, haa aku letew hahaha.Lagi-lagi kalau dapat berborak dengan something yang boleh didebatkan macam minat/hobi masing-masing. walaupun aku tahu point aku mesti akan kelaut tapi bila dapat berborak tu memang rasa lagi best sampai tak ingat jalan pulang daripada kau duduk diam pastu aku pandang kau, kau pandang aku.πŸ™Š konfem lima minit lepas tu aku tengok jam sebab rasa macam dah 2jam padahal baru 5minit. πŸ•€πŸ•₯


So aku memang susah nak ngam dengan orang yang melancholic disebabkan sifat personaliti dia yang senang sentap dan aku jenis cakap lepas je. haa tapi sometimes ada jugak member aku tegur mulut aku yang takde insuran ni pastu kaki bahan pulak hee, aku memang jenis tak pandai nak jaga percakapan apatah lagi mulut. eh?! πŸ’£πŸ’₯πŸ’₯ orang melancholic jugak jenis yang semua benda nak kemas dan complicated, jadi kalau korang ada yang jenis melancholic,kalau boleh cuba sesuaikan dengan keadaan personaliti yang lain jugak. Tu sebab aku tulis pasal benda ni supaya kita saling memahami gituuu...


Orang choleric pulak jenis yang suka memimpin dengan erti kata lain mengarah orang je kerja. like a boss tapi bagi aku orang choleric ni kira macam orang pemalas laa tak gitu? tu pendapat aku laa, aku bukan kaji sangat pun pasal benda ni hee,so sebab itu memang sifat dia jadi kita kena redha jela hahaha. sebenarnya ada baiknya orang choleric ni tapi aku tak dapat tangkap la apa yang baiknya melainkan kalau dia ada sifat sensitif dengan keadaan sekeliling dan fikirkan perasaan orang lain jugak tiberr..


Last sekali, orang phlegmatic.. itu dia sifat personaliti kedua aku tapi aku tak faham laa kenapa personaliti kedua aku bukan choleric hahaha, orang phlegmatic ni paling uchiha itachi dan tenang je dalam apa jua keadaan. (mentang2 sifat kedua aku puji lebih sikit laa, kaji kasi dalam sikit laa hahaha) padahal kerja dah banyak ni nak sampai due date tapi dia masih cool sambil mabuk hisap gam. hee k. 😢😢 aku dapat tahu orang phlegmatic jugak tak berapa suka cari gaduh..


Kesimpulannya, aku rasa aku ni split personaliti sebab depan boss aku baik, dengan kawan2 nakal sikit, dekat rumah jadi monyet...



Monday, June 1

What the hell just happened to my life

Aku dah cukup gembira dan excited memikirkan kemungkinan jee. Kemungkinan yang aku mungkin berjaya. lama jugak aku termenung taktahu jauh mana boleh pergi sambil makan nasi briyani mak aku masak, tak kisah laa orang nak kata apa janji level of confidence tu kena tinggi tiberr.



beberapa bulan lalu, aku selalu layan orang stream game je setiap malam, boleh katakan hobi baru aku layan streamer2 ni laa. kebanyakannya streamer kecil yang view 30 orang camtu, best berborak dengan diorang berbanding streamer besar macam soloz kekadang aku tinggalkan komen pun aku sendiri tak sempat baca dah hilangg komen aku tu, sebab laju dia uinaajoo. ( donate star pun jangan cakap la, sepanjang dia stream tak putus2 star jatuh, maharaja joo.) so soloz aku biasa layan ulangan jela stream dia kat youtube. hee

dua minggu lepas aku dah cuba slow2 belajar sikit2 pasal streaming ni dari youtube monalisa,racun tech,kampung nerd (sebab nak stream game2 dari PS ). kebanyakan video diorang ada yang dah setahun lebih tapi aku baru tengok dua minggu lepas sebab sebelum ni tak pernah terfikir pun nak kejar angan-angan sendiri kan, aku selalu fikir masa depan biar aku yang masa depan je fikir. maybe dah tiba masa untuk aku bantu sikit demi sikit apa yang aku nak untuk masa depan.



tapi buat apa nak cakap banyak, yang paling penting sekarang ni orang nak tengok hasil..
cabaran aku sekarang ni :

>sebabkan pkp, gaji aku kena potong separuh setiap bulan sampai bulan september.
>harga ps4 kat kedai sekarang naik jadi RM2100 sebabkan pkp, permintaan tinggi barang sikit harga jadi tinggi. ( kalau belajar ekonomi benda ni chapter pertama easy jee tiberr.. ) so aku plan tunggu harga jadi stabil dalam RM1400 camtu baru sapu rata.
>tengah menyimpan untuk beli monitor sebiji sebab takkan nak main ps guna screen telefon.
>hasil tak nampak tapi usaha tu masih ada.

sekian dari aku,
Bendi bukan nama sebenar.