Thursday, June 25

even if you hear a bad story about me, understand that there was a time I was good to those people too, but they won’t tell you that.

Teringat masa zaman aku budak-budak solat maghrib mesti berjemaah dengan ayah pastu mengaji muqadam pastu dah lama sikit setiap malam jumaat baca yassin, masa tu baru tingkatan 1 kot. lemahkan aku tingkatan 1 baca muqadam lagi. tapi entry kalini bukan pasal aku.


Masa tu jugak aku ada terbaca satu buku pasal kisah nabi kita Rasulullah SAW tak ingat buku tajuk apa tapi yang aku tahu buku tu warna hijau pastu lawa gila buat aku tertarik nak baca. rasanya buku tu abang aku punya ke siapa punya ntah bilangan muka surat pun dalam 200-300 je. tapi isi dia padat laa.

ada banyak kisah dan nama dalam buku tu tapi aku nak tulis pasal Uwais Al Qarni yang berasal dari yaman, dia ni kira tabiin yang hidup pada zaman Rasulullah tapi tak pernah jumpa Rasulullah. Dalam buku tu menceritakan yang mak Uwais ni teringin nak pergi mekah tapi mak dia dah tua, aku lupa mak dia nak pergi haji ke umrah ntah. Jadi dia fikir macam mana dia nak bawa mak dia ke mekah sebab dia tak larat nak dukung mak dia, 

korang tahu apa dia buat? Dia training bawa kambing sekor atas dia kehulu kehilir, sampai la masa dia rasa dah tak larat dan boleh dukung mak dia macam dalam cerita korea tu laa kot. pastu dia pun bawa mak dia pergi mekah, dari yaman sampai mekah lepas tu balik ke yaman pulak, Power kan dia punya jasa kat mak dia? Power en.

Then ada satu masa tu dia cakap kat mak dia nak pergi jumpa Rasulullah sebab teringin nak jumpa, ofcuz laa nak jumpa kan, gila hidup satu zaman dengan Rasulullah tak ambil peluang jumpa, rugi la camtu, so mak dia pun izinkan dia pergi, tapi mak dia pesan lepas jumpa balik terus sebab mak dia dah tua, takde siapa dah nak jaga. lepas dapat restu mak dia terus dia pergi Madinah rumah Rasulullah, bagi salam tapi masa tu Aisyah Isteri Nabi yang keluar, Aisyah bagitau Nabi takde, Nabi pergi perang, so Uwais ni cakap la ke Aisyah suruh kirim salam ke Rasulullah lepas tu dia balik Yaman balik, Rasulullah balik perang Aisyah pun bagitau la, orang sekian sekian ada datang melawat, Nabi pun tanya Aisyah ada tanda tak kat tangan dia, Aisyah bagitau dia perasan ada tanda, Nabi terus cakap itulah Uwais Al Qarni, pemuda yg tak terkenal di bumi, tapi terkenal di langit, Rasulullah yg tak pernah jumpa dia pun kenal dia weh.


Maa mann. tiberr. begitulah kisahnya, aku pun tulis apa yang aku ingat guna ayat aku je, buku tu memang ada cuma lupa tajuk dia, nak menarik korang cari la buku dia mungkin lagi menarik baca dari situ. kalau ada salah sikit sebanyak tu mintak maaf la sebab aku pun ingat-ingat lupa jee ni.


next aku ada satu cerita hantu, tapi aku takut nak cerita.. hahahaha

No comments :