Wednesday, July 15

How foolish I was.

Aku dapat story kalini daripada anime "fruit basket" masa watak momiji bercerita tentang satu buku yang dia terbaca tentang "seorang pengembara yang paling bodoh di dunia".



Ceritanya tentang seorang pengembara bodoh yang mengembara ke serata dunia, ramai orang kata dia seorang yang bodoh sebab memang selalu dipergunakan oleh orang lain. disebabkan kebodohan dia jadi ramai la orang sekeliling dia suka ambik kesempatan kat atas diri dia.

"saya perlukan duit untuk beli ubat, adik beradik tengah sakit."
"aku nak guna duit sikit untuk tanaman ni."
"kami dah satu hari tak makan. last makan 5minit yang lepas."



semua permintaan orang lain dia buat tanpa alasan dan suka tolong orang lain membabi buta itu adalah nilai murni dia. mengeluh memang tak pernah sama sekali. orang sekeliling dia pergunakan dia ambik semua duit dia, baju, kasut dan semua benda yang dia ada sampai dia tinggal sehelai sepinggang. Tapi sebab kan dia pengembara yang bodoh, dapat tolong semua orang di sekeliling dia buatkan dia menangis dalam kegembiraan. dan siap mendoakan mereka sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan sihat selalu dalam kehidupan mereka.



Dan disebabkan dia dah bagi semua harta dia sampai pakaian untuk diri sendiri pun takde, dia pun menyembunyikan diri tinggal di dalam hutan sebab malu kalau orang nampak dia bertelanjang kan. Tapi cerita dia tak habis kat situ, di dalam hutan tu pulak dia berjumpa dengan pelbagai binatang buas dan makhluk yang lainnya. makhluk yang lain ni nak makan pengembara ni jadi diorang pedayakan dia ni dengan kata2. mulut manis la orang zaman sekarang cakap. dan semestinya, dengan mudah pengembara ni terpedaya jadi benda pertama dia bagi makhluk ni makan kaki dia pastu tangan dan seterusnya sampai dia hanya ditinggalkan dengan kepala sahaja. dan untuk binatang terakhir dia serahkan mata dia untuk dimakan. lepas habis makan mata pengembara tu binatang ni beredar sambil tinggalkan satu hadiah untuk pengembara ni.


tapi hadiah bukan la hadiah.

ianya hanyalah sehelai kertas yang bertulis "bodoh" di atasnya. dan pengembara ni pun mula menangis teresak-esak untuk pertama kalinya sambil mengucapkan "terima kasih" berulang-ulang kali kepada binatang tersebut. dia tak pernah menerima hadiah sebelum ni jadi hadiah tu membuatkan dia happy gila. airmata dia mengalir dari mata dia yang buta dan mengalir ke pipi.  dan akhirnya pengembara tu mati perlahan-lahan.


aku terkesan dengan story ni sebab dia buat aku percaya yang sebenarnya dalam dunia ni ada orang yang lagi bodoh dari aku. so bersyukurlah. last but not least, kalau korang bodoh atau ada kawan yang bodoh, jangan nak salahkan mak bapak dia, salahkan dia. kalau kau nak terajang dia pun elok jugak.


nota tepi: nak tahu nilai murni sebenar cerita ni korang kena tengok fruit basket S1:Ep11.


No comments :